Featured Posts

Hai

Alhamdulillah akhirnya siap juga renovate shop dengan budget under 7k. Kurang dari 2minggu contractor siapkan so far saya puas hati dengan hasilnya and boleh recommend korang yang tengah pening cari contractor yang boleh bagi murah2 untuk buat partition office tu.

Cer google Teknik Mahir Service, ha jumpa idok? so far brother ni sangat senang reply text and cara dia bayar 50% before start and balance 50% after siap. Tapi saya agak consider juga before this dia kata siap dalam seminggu tapi terlajak sikit, maybe sebab dia buat berdua je. Macam biasa cara saya senang je org berbudi kita berbahasa..hihiks lari topic sikit, apa yang penting masa buat pembayaran haruslah ada resit company and pastu snap gambar contractor fokus pada wajah ok supaya kalau apa2 jadi boleh direct pg balai polis.. haha senang kan.. So masa kali kedua jumpa brother ni saya and abg mmg dah tau target meeting tu so jumpa terus discuss harga sambil buat muka kesian..ngeee
Akhirnya saya bayar 2k masa meeting tu and baki bagi 50% saya janji akan bayar di kedai.. Bukan apa tau sbb nak tengok dia bawa masuk barang untuk renovate shop baru saya kuat untuk percaya.

Renovation# Tempat mencuci batik + Bilik Opis + Stor + 15 lampu + 4 kipas = RM6+++

Hidup ni tak semudah yang disangka, cabaran tu pasti akan datang. So after siap renovation dinding pulak bocor.. Memandangkan sekarang musim hujan memang ketaralah dinding basah and paling merisaukan takot kena board partion, sbb board tu mmg anti air (boleh kembang)

Hari ni developer maintenance baru datang cek dan kemungkinan kena pecahkan balik dinding.. So what to do tunggu yolah siap..

Adioss!!!


Tempat mencuci batik




Opis and stor

Hai

Dua minggu yang tersangat busy sampai tak sempat nak update blog, hari ni macam biasa after upin ipin cartoon habis kat tv9 saya akan siap2 kan baby ahmad untuk pergi rumah mummy a.k.a pengasuh ahmad. Semakin hari makin sayu tengok muka ahmad yang sedih sangat tahan tangis.. oh please baby be strong!! Mesti pelikkan kenapa dah tak kerja kenapa still hantar anak rumah pengasuh? ha tulah persoalannya yang menjeruk hati. Abg kata takot saya tak boleh handle ahmad sambil buat kerja nanti sebab baby ahmad tersangatlah CLINGY. Characters bby ahmad seperti suka menempel, kadang-kadang suka merengek dan tersangatlah suka dukung..hurmmmm :(((

Tapi bila duk rumah pengasuh sangatlah behave ok!!! bila tiba hati mengeluh saya muhasabah diri balik, orang lain bertahun tahun harap ada anak tapi belum ada rezeki.. Bersyukur ada baby ahmad and try cari solution untuk handle perangai clingy dia dengan sebaiknya. Ok back to the topic saya tekad nak jaga baby ahmad sendiri but just give me masa sikit je lg untuk settlekan shop dulu. When everything dah smooth saya akan full time jaga ahmad, Bonda promise anak:(

Sometimes pelik macam mana ibu2 lain hantar anak rumah pengasuh, sama ke perasaan yang saya rasa or saya ni terlalu cerewet  dan fikir macam2 kemungkinan.. Arghhh hanya tawakal Allah ada untuk jaga baby Ahmad.. Tapi honestly pengasuh baby ahmad yang kedua ni sangat ok and faham baby ahmad sangat manja, anytime dia boleh update ttg baby if kita tanya. So after this saya akan hantar aryan bila ada urgent job kat luar sahaja, means bayar per day.

Nak cerita sikit pengalaman hantar ahmad kat rumah pengasuh pertama, mula2 finelah bila hantar nangiskan maybe baru nak serasi but when something happened saya terus decide tukar pengasuh lain. Nak tau apa yang jadi pada baby ahmad? satu hari ni abg jemput ahmad tapi tengok gaya jalan macam sakit kaki pastu sampai rumah je terus dia baring and last tertido, bila saya balik kerja by 6.30pm baby ahmad terjaga and terus nangis cuba dapatkan saya, ya ALLAH sedih sangat tengok dia tak mampu nak bangun sambil kata akitt akitt" means sakit" saya pun apa lagi siasat buka semua pakaian and pampers. Tersangatlah terkejut tengok celah peha, montot baby ahmad melecet teruk sampai nampak kulit merah, apa ni saya hantar baby ok je pg tadi tak ada sikitpun melecet ok!!! kemungkinan pengasuh tak cuci baby ahmad punya montot dgn bersih n lambat cuci yak!!! And you now what akak yang jaga ahmad tinggal satu level dengan saya, seriously saya tak boleh handle marah and bila saya  terserempak dengan akk tu saya tanya direct knp anak saya sampai jadi mcm tu? and jawapannya baby ahmad tak berhenti berjalan dalam rumah dia.. oh please lah bagi jawapan yang rasional sikit.. Saya pasti ramai lagi ibu2 kat luar yang ada pengalaman and mungkin lebih teruk lagikan.. Apa2 pun kita as ibu kena bertindak takkan nak jadi lebih teruk lagi baru nak bertindak right???

Tips  untuk ibu2 yang hantar anak kat rumah pengasuh kadang2 tu buat lawatan mengejut, selalu bagi makanan dengan harapan mereka jaga anak kita dgn baik, jangan banyak complain, dan yang paling penting kalau belum masuk rumah pengasuh tapi anak dah meraung2 tu mesti ada something yang tak best jadi kat anak sampaikan ank takut nak masuk, so better try cari pengasuh baru. Ok take note ya!!!


Baby Ahmad 2 years

Hai..

Kenapa resign????? so dah masuk progress yang kedua iaitu shop renovation, ha ingat lagi tak yang saya cerita proggress I. Pung pang punya pungpang settle dah bab shop rental contract and the latest one baru settle pemasangan grill pintu shop. Saya sangat particular about beli barang ke bayar pape jelah, saya akan make sure bayaran tu berbaloi dgn hasil or barangnya!!! so untuk grill pintu je pun tp saya call 6 orang welding man untuk compare harga. Cari punya cari semua caj RM350 and above untuk satu pintu je kot MAHALNYAAAA!!!! besi bodoh je kot..Tiba-tiba teringat pernah ambil flyers about welding ni dalam peti pos, so saya call then brother ni bagi RM220, ok after few minute brother tu text and said RM190 dia bagi dan punya teruk saya minta tawar lagi RM 150 (bab tawar menawar ni jarang mengecewakan..ahaks). Kebetulan rabu cuti depavali saya pun pergi tempat brother ni untuk bayar deposit, P/S untuk semua yang berurusan tempah menempah ke apa jelah yang depa minta deposit korang mesti pergi stalker office ke rumah or apa sahaja yang boleh kita refer kelak. So kalau pape boleh terjah jekan. 


Nilah brother welding tu, saya rekomen dia sebab cepat dia buat and mudah berurusan. Tapi condition saya bagi 8/10 sebab tak berapa kemas but xlah teruk sangat, maybe masih baru lagi buat welding ni. Tapi so far saya berpuas hati !! sesiapa yang berminat boleh contact brother ni  01135487071 / whatsapp (area kajang)  nama x sempat nak tanya..hihiks

Nilah hasilnya.. Not bad kan!!

Hi

Alhamdulillah almost sebulan dah saya resign dan apa yang saya buat bila dah tak bekerja ni????
One of my reason kenapa decide nak berenti kerja adalah anakkkk, nak yakinkan abg sangatlah sukar weyhh sebab abg sangatlah suka saya jadi wanita yang berkejaya yang ada sesuatu untuk hari tua. cewahhh tapi tulah yang abg pernah cakap!!! ok fine tak apa wait and see saya akan buktikan walaupun tak makan gaji saya boleh berjaya juga.

So saya yakinkan abg untuk buka business, memandangkan saya pernah buat batik sebelum ni dan ada jual sikit-sikit sebab production hanya dari rumah so memang tak cukup space. Saya bagi tahu abg saya nak serius kerja sendiri dan demi anak-anak kita (walaupun baru baby ahmad sorang tapi saya selalu terbayangkan nasib anak-anak bila saya kerja dengan orang of course ikut masa orang kan, selalu jemput baby ahmad lewat dari rumah pengasuh )



  • Inilah workshop batik saya kat rumah ( korbankan master bedroom tu weyhh)
Shawl batik canting


Ok sambung balik ,,,,Yess the answere abg setujuuu. Ya Allah happy sangat masa tu terus goggle contoh surat resign yang ayat power punya...kikikih.

Bermulalah episod focus untuk mencari kedai untuk dijadikan workshop batik, memang agak struggle nak cari shop rental yang murah rege nya. But saya percaya jika jalan itu yang terbaik pasti Allah permudahkan dan pusing punya pusing akhirnya kami decide  pilih lokasi Desa Pinggiran Putra sebab sewa masih lagi mampu milik dan 10minit dari rumah lokasinya. Tapi punyalah banyak contact number yang saya ambil (kawasan shop baru sangat-sangat) col punya col dapat shop yang sewa owner bagi RM 1300/month (yang lain sewa semua cekik darah) so saya pun pergilah jumpa owner, hurm tapi semacam gak pakcik ni push gila ok, suh decide and bayar duit esoknya kalau nak. Oh pakcik ofcoz lah saya nak kena fikir dulu!!!

Sebenarnya saya dan abg berkenan dengan shop yang corner lot, sebab agak luas (kat area kedai pakcik tu juga). Tapi col owner kata ada orang dah tengok and macam dah nak setuju, sebab hati mcm rasa berat nak sewa kedai pakcik tu ( dah terbayang kalau berurusan dgn pakcik tu..adeyyy).
Sepatutnya after jumpa pakcik tu esoknya saya kena col and bayar duet booking tapi saya tak ingatpun, so dah dua hari berlalu tiba-tiba owner shop yang corner tu col no abg ( abg bg no saya but dia tak col pun) saya pun col dia and you no what kalau memang dah tertulis rezeki kita takkan ke mana..Pendekkan cerita dapat shop tu sbb last minit orang yang sewa tu cancel lot atas just nak lot bawah. Syukur sangat now dah settle perjanjian dengan owner (sebab akk tu sarat nak meletop so senang settle kan awal-awal). Kalau sesiapa tengah mencari shop try lah tengok kat area Desa Pinggiran Putra, masih banyak kosong dan kena pandai cari harga yang berpatutan ok!

Di sebabkan owner terlupa bawa buku bil melayang duit buat mati setem perjanjian kat LHDN yang sepatutnya owner buat (owner tulis kat page belakang perjanjian ni saya dah settlekan bayaran deposit 2+1. So saya ambil satu copy perjanjian untuk mati setem 
  • Tip untuk korang yang baru nak start business jika berurusan dengan owner shop walaupun muka depa muka orang baik-baik tapi please strict, once korang dah buat pembayaran make sure ada hitam putih iaitu bukti dah bayar! 
  • Baca perjanjian yang ditulis betul-betul ok (if ada yang tak puas hati just tanya before korang sign agreement)
  • Tak perlu pasang lawyer untuk buat perjanjian, mati setem kat LHDM pun dah valid. LHDN akan caj berdasarkan kadar sewa kita ( saya pun tak tahu macam mana dia kira, bayar jelah labu)
  • So kalau ada perjanjian apa-apa berlaku boleh refer balik perjanjian


  • Sangat luas dengan kadar sewa RM1400/month



  • Next Mission cari contractor!!! yeahhh i can do it ( credit to abg buat plan renovation ni, walaupun PTD tapi boleh buat kerja ala-ala architect ok)

Adiosss!!!

Salam..

Hari ni nak share recipe ketam masak lemak cili api campur dengan nenas. Hokey kali ni saya yang masak not abg, wah dengan bangganya.. Bahan yang diperlukan pun tak banyak karenah lah pendek kata..hihi

So check it out recipe masak lemak ketam nenas, semudah ABC..hihi

Hidangan untuk 2 orang


  • So bahan untuk ditumbuk/dikisar bawang kecil 3 ulas, cili api 6 biji, kalau ada kunyit hidup lagi bagus tapi saya guna serbuk kunyit..ahaks pun boleh ye. Tumbuk kasi hancur

  • Nenas potong sesedap mata, ketam 2 ekor size L. suruh pekerja mydin potong siap-siap senang kerja..

  • Ha yang ni petua mak mertua, blend je kelapa lagi senang untuk dapatkan santan. Kelapa biasanya saya guna 1/2 biji sebab berdua je dgn abg

  • Taraaa siap untuk dimakan. Abg kata sedap tapi kalau tambah santan lg sikit mesti sedap.. hihi mungkin abg rasa tercabar kot wife dah teror masak..hihi

Selamat mencuba.. Adiosss!!!





Haii..

Masa baru kawen semuanya maniskan, lepas dah masuk tahun kedua dan seterusnya hambar. Katakan tidak pada statement yang macam tu ok!! Kita sendiri yang kena take action dan yang paling penting mestilah kena give and take. Takkan sorang je yang nak kena all out kan and tipulah kalau tak pernah gaduhkan " sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri" acehhh..
So apa yang boleh saya share sedikit tips dalam rumah tangga maybe boleh dimanfaatkan bersama..

Give and take- so kalau asyik wife yang buat ataupun all out akan sampai satu tahap jadi tak ikhlas and boleh meletop apa yang terbuku dalam hati tu. Perkahwinan  adalah perkongsian yang kita kena faham isteri bukan tugas mutlak kena buat semua benda dalam rumah ok ( bukan robot!), so take action kita bukan macam zaman nenek kita dulu dulu. Kadang-kadang boleh nampak ada pakcik2 yang sampai lepas makan pun tak boleh angkat pinggan sendiri ke sink kan? oh please lah. Dari awal kawen saya takkan buat semua sorang2, Saya akan suruh abg masak kalau saya penat / abg akan isi minya kereta plus TnG / abg akan buang sampah / kadang2 saya akan suruh abg urut kaki sebab penat sangat /Buat susu anak gilir2 / ok pendek kata saya tak mampu nak buat semuanya sendiri walaupun nampak macam kejam kan tp sangat effective cara ni. Abg pandai buat kerja rumah, mandikan anak, and paling ketara abg lg allert pantau suhu ahmad bila demam. Pendek kata abg mcm Mr. Mama dimata saya.. hihi jahat kn.. So wahai isteri diluar sana kena suruh suami buat kerja, sbb kadang-kadang org lelaki tak buat kalau tak disuruh. Once bila dia dah biasa tanpa disuruh pun dia akan buat.

Sharing is caring- Tips ni memang saya amalkan since dari awal kawen lg (masa kentut pun tak berbunyi lagi..ahaks) segalanya kalau boleh nak share contohnya setiap kali makan kat rumah saya akan guna satu cawan je, so saya akan tengok kesan abg minum dan minum at the same part. Antara lain kami share bantal (hurm kadang-kadang kata tak best bantal kat rumah, pinjam lengan abg lagi best..hihi walaupun abg lebih kurang saya "tulang" ngeeeer) apa lagi yang boleh di share saya akan share dgn abg, walaupun banyak towel dalam almari tapi dah terbiasa share hurm lantak pi lah nak kata tak elok kan kongsi towel, sofar 3tahun ni kulit ok je..kikikih

What you give, you get back- Yang ni paling ketara apa yang saya belajar sepanjang jadi wife abg, saya sangat all out dalam menjaga abg (kecuali kalau dah larat sangat buat ala-ala je) sampaikan seluar kecil, seluar besar baju akan tersedia atas tilam so abg just pakai je. Pecayalah suami rasa dihargai sangat-sangat (berbaloi lah keluar duet hantaran mahal kan kan) dan abg selalu puji sayang ni baiklah..ngeeee berbunga-bunga rasa. Apa yang saya nampak bila penat atau pun tak sihat abg akan take over banyak benda, walaupun tak sempurna macam saya buat but saya really appreciate.. arghhh jatuh cinta dgn abg entah untuk kali keberapa...

Alamak mata dah berat penangan nasi lemak yang abg masak tadi..nanti saya akan sambung share tips ok.. Adiosss!!!



Me & Abg







Assalam.

Pagi ni dah settle masak awal, tak pernah-pernah masak awal pagi..hihi.. sebab semalam before tido dah set dalam mind hari ni nak kemas bilik kerja a.k.a now dah macam bilik stor..hurm sedih pulak tengok terbengkalai lepas busy kerja tempohari. Ok settle about that now nak share dengan korang my next artwork, painting, I really love painting but masa study dulu takda keyakinan nak masuk department of Fine Art, Hurm you know why??? Budak-budak fine art masa saya belajar dulu power gila artwork depa, so pendam jelah niat tu.. Ha that why artwork saya walaupun in textile but must have elements of  painting. Even masa zaman belajar dulu ramai lecturer yang kata base on your artwork nampak ada skill fine art ..hihi kelihatan macam puji diri sendiri disitu..ahaks.. Ni sebahagian dari painting yang saya hasilkan, jom cuci mata :))

Add caption

Add caption
Add caption
Add caption

Add caption
Sorry tak sempat nak add caption, nanti saya update na.. Adiosss!!!