Hello,
Hari ni saya nak share sedikit macam mana cara nak jimatkan penggunaan elektrik. Masuk tahun ketiga hidup dengan abg saya dah terbiasa / disiplin kan diri..hihi mcm duk asrama pulak..Sejujurnya masa mula-mula kawen pelik juga, dalam hati aik kedekutnya abg ni, ha nak tahu kenapa?
Antara ayat abg yang sampai saya dah hafal :
- Syg kenapa lampu bilik air tak tutup lepas guna?
- Syg basuh pinggan cuba buka air slow je, membazir.. ok ni memang xde kena mengena dengan elektrik Cuma nak korang bayangkan saya yang culture shock hidup sebumbung dengan abg.
- Malam jangan buka lampu kalimantang syg sbb walt tinggi, just buka lampu tido je ( oh ok romantik juga mcm ni, sedapkan hati sendiri)
- Buka peti ais jangan lama-lama
- Bla bla bla, hurm macam-macam lagi lah kan
Tapi sekarang ni sayalah yang sangat particular bab-bab penjimatan elektrik, maybe sebab dah terbiasa dengan cara abg. Setiap bulan bil elektrik kami tak pernah lebih dari RM30 hinggit :)
Kalau nak bawah RM20 memang tak logik lah kan sebab saya ada bela ikan ( 24 hours on oksigen), Microwave yang sentiasa standby mood ( sebab ada jam, so malas nak reset bila on/of kan), iron baju abg weekdays, cattle air yang agak kerap digunakan dan tv yang on dari pagi sampai malam..
Cara saya jimat Elektrik mudah je:
- Make sure tutup lampu yang tak guna, contohnya kalau xde orang dalam bilik off jelah lampu.
- Malam guna lampu tido sahaja ( beli mentol yang rendah walt- 11 walt kebawah)
- Kami beli peti sejuk yang jimat elektrik (inverter)
- Even iron pun kami akan tengok dia punya walt berapa..hihi
- Dan tv saya akan setting time sleep, supaya bila kita tertido xdelah tv yang tengok kitakan.
- Charger kalau dah penuh batry phone jgn lupa tutup plug.
- Yang pasti mmg xde aircorn rumah kami:)
So selamat mencuba, moga boleh membantu kurang kan kos sara hidup yang semakin meningkat ni..
Chill.. Adiossss!!!
|
|
|
0 ulasan:
Catat Ulasan