Progress 1

Leave a Comment

Hi

Alhamdulillah almost sebulan dah saya resign dan apa yang saya buat bila dah tak bekerja ni????
One of my reason kenapa decide nak berenti kerja adalah anakkkk, nak yakinkan abg sangatlah sukar weyhh sebab abg sangatlah suka saya jadi wanita yang berkejaya yang ada sesuatu untuk hari tua. cewahhh tapi tulah yang abg pernah cakap!!! ok fine tak apa wait and see saya akan buktikan walaupun tak makan gaji saya boleh berjaya juga.

So saya yakinkan abg untuk buka business, memandangkan saya pernah buat batik sebelum ni dan ada jual sikit-sikit sebab production hanya dari rumah so memang tak cukup space. Saya bagi tahu abg saya nak serius kerja sendiri dan demi anak-anak kita (walaupun baru baby ahmad sorang tapi saya selalu terbayangkan nasib anak-anak bila saya kerja dengan orang of course ikut masa orang kan, selalu jemput baby ahmad lewat dari rumah pengasuh )



  • Inilah workshop batik saya kat rumah ( korbankan master bedroom tu weyhh)
Shawl batik canting


Ok sambung balik ,,,,Yess the answere abg setujuuu. Ya Allah happy sangat masa tu terus goggle contoh surat resign yang ayat power punya...kikikih.

Bermulalah episod focus untuk mencari kedai untuk dijadikan workshop batik, memang agak struggle nak cari shop rental yang murah rege nya. But saya percaya jika jalan itu yang terbaik pasti Allah permudahkan dan pusing punya pusing akhirnya kami decide  pilih lokasi Desa Pinggiran Putra sebab sewa masih lagi mampu milik dan 10minit dari rumah lokasinya. Tapi punyalah banyak contact number yang saya ambil (kawasan shop baru sangat-sangat) col punya col dapat shop yang sewa owner bagi RM 1300/month (yang lain sewa semua cekik darah) so saya pun pergilah jumpa owner, hurm tapi semacam gak pakcik ni push gila ok, suh decide and bayar duit esoknya kalau nak. Oh pakcik ofcoz lah saya nak kena fikir dulu!!!

Sebenarnya saya dan abg berkenan dengan shop yang corner lot, sebab agak luas (kat area kedai pakcik tu juga). Tapi col owner kata ada orang dah tengok and macam dah nak setuju, sebab hati mcm rasa berat nak sewa kedai pakcik tu ( dah terbayang kalau berurusan dgn pakcik tu..adeyyy).
Sepatutnya after jumpa pakcik tu esoknya saya kena col and bayar duet booking tapi saya tak ingatpun, so dah dua hari berlalu tiba-tiba owner shop yang corner tu col no abg ( abg bg no saya but dia tak col pun) saya pun col dia and you no what kalau memang dah tertulis rezeki kita takkan ke mana..Pendekkan cerita dapat shop tu sbb last minit orang yang sewa tu cancel lot atas just nak lot bawah. Syukur sangat now dah settle perjanjian dengan owner (sebab akk tu sarat nak meletop so senang settle kan awal-awal). Kalau sesiapa tengah mencari shop try lah tengok kat area Desa Pinggiran Putra, masih banyak kosong dan kena pandai cari harga yang berpatutan ok!

Di sebabkan owner terlupa bawa buku bil melayang duit buat mati setem perjanjian kat LHDN yang sepatutnya owner buat (owner tulis kat page belakang perjanjian ni saya dah settlekan bayaran deposit 2+1. So saya ambil satu copy perjanjian untuk mati setem 
  • Tip untuk korang yang baru nak start business jika berurusan dengan owner shop walaupun muka depa muka orang baik-baik tapi please strict, once korang dah buat pembayaran make sure ada hitam putih iaitu bukti dah bayar! 
  • Baca perjanjian yang ditulis betul-betul ok (if ada yang tak puas hati just tanya before korang sign agreement)
  • Tak perlu pasang lawyer untuk buat perjanjian, mati setem kat LHDM pun dah valid. LHDN akan caj berdasarkan kadar sewa kita ( saya pun tak tahu macam mana dia kira, bayar jelah labu)
  • So kalau ada perjanjian apa-apa berlaku boleh refer balik perjanjian


  • Sangat luas dengan kadar sewa RM1400/month



  • Next Mission cari contractor!!! yeahhh i can do it ( credit to abg buat plan renovation ni, walaupun PTD tapi boleh buat kerja ala-ala architect ok)

Adiosss!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan